Tuesday, 25 December 2018

SCRABBLE


SCRABBLE 

PENGENALAN 

ASSALAMUALAIKUM.
PERTAMA TAMA KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN   KERANA TELAH MEMBERI PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MEMBUAT BLOG INI DAN MEMBENTANGKAN KEPADA ORANG RAMAI.

"PINK OASIS"
DI DALAM KUMPULAN KAMI TERDAPAT 3 ORANG AHLI :
 




1) WAN NAJWA SAHIRA BT WAN BAKAR              DEP 2C     01DEP18F110
2) NUR FATIHAH BT MOHD MAHATIR                    DEP 2C     01DEP18F1090
3) NUR ADILAH' HANANI BT MOHD KAMAL        DEP 2C     01DEP18F1070

DISINI KAMI AKAN MENCERITAKAN TENTANG 

CIRI -CIRI DAN PERANAN SEORANG PENGADIL, PELATIH DAN PEGAWAI DI DALAM PERMAINAN SCRABBLE.

Ciri-ciri dan peranan Pengadil, Pegawai dan pelatih di dalam permainan SCRABBLE adalah sama seperti permainan lain juga iaitu catur dan sebagainya. Mereka ini amat penting di dalam suatu permainan untuk mengadili permainan itu. Mereka akan menunjukkan dan memberitahu perkara yang sepatutnya dilakukan dan tidak patut dilakukan. Dengan adanya mereka dalam suatu permainan, permainan itu akan berjalan dengan lancar dan pemenang akan diadili dengan adil.

Sebelum itu, mari kita mengenali SCRABBLE dahulu,


APA ITU SCRABBLE ?
 Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).



CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG PEGAWAI :
Pegawai bagi permainan scrabble terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :

 URUS SETIA
  • Menyelaras aktiviti jawatankuasa-jawatankuasa kecil
  • Urusan surat menyurat
  • Mengurus permohonan pesanan tempahan atau local order
  • Merancang dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
  • Menyenaraikan jemputan-jemputan khas2
BENDAHARI

  • Menyelaras perbelanjaan semua jawatankuasa kecil
  • Memastikan wang diterima dan dikeluarkan mengikut prosedur
  • Menyemak bil-bil tuntutan mengesahkannya untuk pembayaran
  • Menyalurkan wang peruntukkan untuk tujuan pembayaran perkhidmatan
  • Memberi taklimat prosedur kewangan
JAWATANKUASA TEKNIKAL

  • Menyediakan syarat pertandingan yang terkini
  • Memastikan syarat pertandingan telah diterima dan dipatuhi
  • Menyediakan format pemarkahan untuk hakim-hakim
  • Memastikan kesesuaian tempat dan peralatan pertandingan
  • Bertanggungjawab memberi taklimat kepada hakim-hakim
PENYELARAS MAJLIS
  • Melantik Pengurus Pentas/ Pengurus Pertandingan dan Petugas Pentas
  • Mendapatkan segala butiran perjalan majlis daripada urus setia
  • Memberi taklimat perjalan majlis kepada jawatankuasa kerja
  • Memberi taklimat berkaitan tugas kepada Petugas Pentas
  • Mengedarkan susun tadbir tugasan kepada Petugas Pentas






CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG JURULATIH  :

Kecerdasan sukan
  • Jurulatih ini ialah ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka .
  • Jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat.
  • Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.
Dorongan
  • ciri ciri jurulatih ini ialah ,berorientasikan matlamat pencapaian. 
  • cara jurulatih ini ialah , tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi membuatkan ia berkesan. 
  • Jurulatih juga tidak tidak mudah berputus asa walaupun pelbagai rintangan dihadapi . 
Penyabar 

  • Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehigga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. 
  • Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten .
  • Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila mencapai sesuatu matlamat .
Prinsip dan Etika seorang jurulatih 
  • Organisasi : Berdasarkan kepada perkara -perkara latihan . Sediakan dengan lebih awal .
  • Penerangan : Gunakan perkataan yang mudah difahami , Jelas dan ringkas . Gunakan papan tulis atau alat pandang dengar jika diperlukan .
  • Demonstrasi:  Tunjukkan apa yang dilakukan / dipraktikan. Jika tidak boleh, gunakan pemain
  •  Aplikasi:  Latihan. Jangan kerap mengganggu. Sentiasa Bergerak. Gunakan kata-kata perangsang.
  •  Pemerhatian: Lihat pergerakan yang baik-beri galakkan.Kenalpasti masalah/kesilapan yang ketara.Berhenti.






CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG PENGADIL: 

Pengadil adalah orang yang berkuasa, dalam pelbagai sukan, yang bertanggungjawab untuk mempengerusikan permainan dari sudut pandangan neutral dan membuat keputusan terbang yang menguatkuasakan peraturan sukan itu, termasuk keputusan kesukanan seperti penyemburan. 

- Melaksanakan undang-undang perlawanan.
- Mengawal  permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
- Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang.
- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan permainan.
- Memberhentikan perlawanan sekirannya ada gangguan daripada pihak luar, 
- Mengenakan tindakan atau denda kepada pemain yang tidak mematuhi peraturan permainan.
- Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya. 
                                    CARA BERMAIN SCRABBLE 

    Permainan dimainkan 2 hingga 4 orang dengan papan permainan berkotak-kotak yang terdiri dari 15 kolom dan 15 baris. Sewaktu menyusun kata, setiap kotak diisi dengan satu keping huruf. Di klub resmi atau turnamen, pertandingan hanya dimainkan dua orang pemain (atau, kadang-kadang antara 2 tim yang masing-masing anggotanya bekerja sama menyusun huruf dari rak yang sama).
Setiap huruf memiliki nilai tertentu (antara 1 sampai 10) yang bergantung pada frekuensi kemunculan huruf tersebut pada tulisan yang standar. Pada edisi Scrabble bahasa Inggris, huruf-huruf yang biasa muncul dalam kosakata bahasa Inggris, seperti huruf "E" atau "O" hanya bernilai 1 poin. Huruf-huruf yang jarang muncul, seperti "Q" dan "Z" masing-masing bernilai 10 poin. Selain itu, terdapat dua keping kosong (tidak ditulisi huruf) yang bernilai poin nol, tetapi bisa dipakai untuk melambangkan semua huruf mulai dari "A" sampai "Z".
Papan permainan ditandai dengan kotak-kotak "bonus" yang melipatgandakan jumlah poin. Kotak berwarna merah bertuliskan "triple-word" mengalikan 3 total poin yang didapat dari sebuah kata; kotak berwarna merah jambu "double-word" mengalikan 2 total poin yang didapat dari sebuah kata; kotak biru tua "triple-letter" mengalikan 3 nilai huruf yang diletakkan di atasnya, dan kotak biru muda "double-letter" mengalikan 2 nilai huruf yang diletakkan di atasnya. Kotak di bagian tengah papan permainan (H8) bernilai "double-word" dan diberi tanda bintang atau logo.

PENUTUP 
Dengan bermain scrabble, kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkakan daya ingat dan menajam otak dalam ilmu perkataan. Selain itu, kita dapat memperbaiki tatabahasa dan penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Akhir kalam, marilah kita bermain scrabble kerana ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada kita. Ia juga merupakan aktiviti riadah yang sihat untuk otak kita. 



AKTIVITI SEPANJANG PERJUMPAAN SCRABBLE 


 
 PERTANDINGAN SCRABBLE 
 
 




KUMPULAN OASIS

KENAPA PINK OASIS ?


 Oasis dibentuk dari sungai bawah tanah atau akuifer, di mana air dapat mencapai ke permukaan melalui tekanan secara alami maupun melalui sumur buatan manusia. 
Manakala pink membawa makna, kelembutan.
Oleh itu, PINK OASIS melambangkan sifat keperibadian seorang perempuan. 


MOTO KUMPULAN : " BE BETTER THAN YOU WERE YESTERDAY"

No comments:

Post a Comment

SCRABBLE

SCRABBLE  PENGENALAN  ASSALAMUALAIKUM. PERTAMA TAMA KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN   KERANA TELAH MEMBERI PELU...